Thursday, October 13, 2022

Anak Kita Masa Depan Kita

 


Anak Kita Adalah Diri Kita Juga😍


Mengapa anak kita juga perlukan perlindungan takaful??


Pernah tak kita terfikir tentang perlindungan untuk anak kita?


Ibu bapa juga akan sangat susah kalau anak-anak yang disayangi jatuh sakit. 


Kalau hanya demam biasa tak menjadi masalah. Bagaimana pula jika anak ditimpa musibah sakit kritikal?😟


Adakah ibu ayah akan terus pergi kerja macam biasa tanpa bagi perhatian sepenuhnya pada anak kesayangan yang terlantar sakit? 😔


Sudah semestinya terpaksa mengambil cuti bekerja sepanjang tahun atau bertahun-tahun!


Ibu ayah merasakan adakah majikan akan terus membayar gaji sekiranya berterusan mengambil cuti menjaga anak? Dah tentu tak ada majikan sebaik itu atas muka bumi ni kan?😢


Kalau ada mungkin 1 dalam 10,000. Atau lebih lagi...


Sanggupkah pula meminta-minta untuk dapatkan belanja yang dah terputus bekalan tak dapat gaji. Tambahan pula kos rawatan anak perlu dicari. Berganda ganda lah kesusahan yang terpaksa ditanggung.


Sebagai seorang muslim yang baik, kita dilarang untuk meminta minta. Tetapi kita digalakan untuk memberi🤗


Oleh itu pada saat ini saya ingin mengajak ibu ayah korbankan sedikit lagi belanja harian untuk diperuntukan pada takaful anak tersayang.


Percayalah....bahawa pengorbanan yang sedikit ini akan memberikan makna yang besar pada diri ibu ayah suatu hari nanti.😌


Tidak banyak yang perlu diasingkan untuk melindungi anak tersayang lagi dicintai buah hati dan penyejuk mata ibu ayah.


Hanya ketepikan RM3 sahaja setiap hari ke dalam tabung takaful, anak yang tersayang dah dapat dilindungi sekaligus melindungi kewangan ibu ayah pada masa susah nanti.🤩🤩


Apakah perlindungan yang anak tersayang akan dapat?


✓ Pampasan sakit kritikal 240,000

✓ Pampasan Hilang upaya 250,000

✓ Pampasan Hibah Jika meninggal 250,000

✓ Pampasan hibah meninggal kemalangan 300,000

✓ Bayaran balik bil kemalangan 10,000

✓ Elaun harian wad 70.00

✓ Baki nilai tunai pada tarikh matang (jika ada)


'Khas untuk 20 pelanggan terawal akan dapat free T-shirt zurich Takaful jika melanggan pelan perlindungan takaful untuk anak tersayang ini'


"Anak Kita Masa Depan Kita"


#Mahyuddin Wasoh

#Deen MWC

#MWC Consultancy

#MWC Solution

#YouNeedWeLead




Wednesday, October 12, 2022

Takaful Dan Kehidupan


Salam sejahtera

Tahukah anda bahawa takaful itu sebenarnya sangat berkait rapat dengan kehidupan kita?

Untuk mudah faham saya bagi gambaran yang macam ni...Andai kata diri kita dalam kesusahan, apakah yang kita harapkan dari orang sekeliling kita? Mestilah pertolongan bukan?

Bagaimana pertolongan yang kita nak harapkan dari orang lain tu? Tak lain dan tak bukan ianya berkait rapat dengan kewangan. Orang lain tak akan tolong kita tanpa adanya imbuhan. Sebagai contoh kita jatuh sakit dan tak ada keluarga terdekat yang boleh tolong kita, adakah orang lain tadi nak tolong kita tanpa ada apa apa bayaran?

Mereka pun ada komitmen lain yang nak dilakukan. Mereka ada pekerjaan yang nak dilaksanakan kerana untuk dapatkan wang menjalani kehidupan mereka dan keluarga mereka. Lainlah kalau kita dapat berikan upah setiap hari kepada mereka untuk menggantikan wang mereka yang hilang kerana tak bekerja pada hari itu.

Kalau kita fikirkan bahawa akan ada orang lain yang berikan pertolongan pada kita pada masa susah, sebenarnya cara kita fikir tu silap. Jangan mengharapkan keadaan itu berlaku pada kita. Tak dinafikan bahawa akan ada orang yang macam tu tapi peratusannya sangat kecil. Pada zaman dulu boleh jadi ya, tapi pada zaman sekarang keadaan tak macam tu kerana kita berada pada zaman kebendaan dan kebanyakan orang mementingkan diri sendiri!

Sebab tu kita perlu ada satu exit pelan yang boleh selamatkan kita dari segi kewangan. Ingat ya kawan-kawan bahawa pada zaman ini semua perkara perlukan wang. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan kesihatan kita. Diri kita ni ibarat mesin yang mengahsilkan duit setiap hari. Kalau kita tak buat pelan backup untuk pastikan kewangan kita tetap mengalir masuk dalam akaun kita, kita kena bersedia untuk menghadapi kesusahan.

Kesusahan meminta minta dan kesusahan menanggung sakit dan kelaparan. Bersediakah kita semua dengan keadaan itu wahai kawan-kawan yang dikasihi? Kalau tak bersedia janganlah malu dan segan untuk bertindak sekarang. Janganlah berkira untuk korbankan sedikit wang ringgit demi memastikan kita terbela di masa depan.

Apa yang saya maksudkan ialah milikilah pelan takaful yang boleh menjamin kewangan kita di masa depan. Samaada takaful yang memeberikan kawan-kawan pampasan tunai sekali gus atau berterusan ataupun yang membantu kita membayar segala kos rawatan yang diperlukan.

Sebenarnya dunia takaful dahpun mengalami perubahan yang lebih baik dari semasa ke semasa. Kalau dulu perlindungan rendah tapi sekarang dah ada perlindungan sehingga jutaan ringgit. Jika dulu takaful hanya untuk orang yang sihat, tapi sekarang orang yang dah sakit pun dah boleh miliki pelan takaful tersendiri. Kalau dulu takaful hanya berbentuk tradisional tapi kini dah ada yang berbentuk sekali dengan investment.

Jadi mulakan langkah pertama kawan kawan agar dapat menghadapi bencana kewangan yang boleh berlaku bila bila masa saja. Semoga hidup kita dirahmati.




Anak Kita Masa Depan Kita

  Anak Kita Adalah Diri Kita Juga😍 Mengapa anak kita juga perlukan perlindungan takaful?? Pernah tak kita terfikir tentang perlindungan unt...