Wednesday, October 12, 2022

Takaful Dan Kehidupan


Salam sejahtera

Tahukah anda bahawa takaful itu sebenarnya sangat berkait rapat dengan kehidupan kita?

Untuk mudah faham saya bagi gambaran yang macam ni...Andai kata diri kita dalam kesusahan, apakah yang kita harapkan dari orang sekeliling kita? Mestilah pertolongan bukan?

Bagaimana pertolongan yang kita nak harapkan dari orang lain tu? Tak lain dan tak bukan ianya berkait rapat dengan kewangan. Orang lain tak akan tolong kita tanpa adanya imbuhan. Sebagai contoh kita jatuh sakit dan tak ada keluarga terdekat yang boleh tolong kita, adakah orang lain tadi nak tolong kita tanpa ada apa apa bayaran?

Mereka pun ada komitmen lain yang nak dilakukan. Mereka ada pekerjaan yang nak dilaksanakan kerana untuk dapatkan wang menjalani kehidupan mereka dan keluarga mereka. Lainlah kalau kita dapat berikan upah setiap hari kepada mereka untuk menggantikan wang mereka yang hilang kerana tak bekerja pada hari itu.

Kalau kita fikirkan bahawa akan ada orang lain yang berikan pertolongan pada kita pada masa susah, sebenarnya cara kita fikir tu silap. Jangan mengharapkan keadaan itu berlaku pada kita. Tak dinafikan bahawa akan ada orang yang macam tu tapi peratusannya sangat kecil. Pada zaman dulu boleh jadi ya, tapi pada zaman sekarang keadaan tak macam tu kerana kita berada pada zaman kebendaan dan kebanyakan orang mementingkan diri sendiri!

Sebab tu kita perlu ada satu exit pelan yang boleh selamatkan kita dari segi kewangan. Ingat ya kawan-kawan bahawa pada zaman ini semua perkara perlukan wang. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan kesihatan kita. Diri kita ni ibarat mesin yang mengahsilkan duit setiap hari. Kalau kita tak buat pelan backup untuk pastikan kewangan kita tetap mengalir masuk dalam akaun kita, kita kena bersedia untuk menghadapi kesusahan.

Kesusahan meminta minta dan kesusahan menanggung sakit dan kelaparan. Bersediakah kita semua dengan keadaan itu wahai kawan-kawan yang dikasihi? Kalau tak bersedia janganlah malu dan segan untuk bertindak sekarang. Janganlah berkira untuk korbankan sedikit wang ringgit demi memastikan kita terbela di masa depan.

Apa yang saya maksudkan ialah milikilah pelan takaful yang boleh menjamin kewangan kita di masa depan. Samaada takaful yang memeberikan kawan-kawan pampasan tunai sekali gus atau berterusan ataupun yang membantu kita membayar segala kos rawatan yang diperlukan.

Sebenarnya dunia takaful dahpun mengalami perubahan yang lebih baik dari semasa ke semasa. Kalau dulu perlindungan rendah tapi sekarang dah ada perlindungan sehingga jutaan ringgit. Jika dulu takaful hanya untuk orang yang sihat, tapi sekarang orang yang dah sakit pun dah boleh miliki pelan takaful tersendiri. Kalau dulu takaful hanya berbentuk tradisional tapi kini dah ada yang berbentuk sekali dengan investment.

Jadi mulakan langkah pertama kawan kawan agar dapat menghadapi bencana kewangan yang boleh berlaku bila bila masa saja. Semoga hidup kita dirahmati.




No comments:

Post a Comment

Anak Kita Masa Depan Kita

  Anak Kita Adalah Diri Kita Juga😍 Mengapa anak kita juga perlukan perlindungan takaful?? Pernah tak kita terfikir tentang perlindungan unt...